Perbezaan antara sales page & website. Yang mana mampu membuat jualan?

Salah faham antara sales page dan website.

Hi, apa khabar semua? We guess this is our 1 st post! Yup, we made it people. Insya-Allah kami di IWD
akan mencuba sedaya-upaya untuk berkongsi kepakaran dalam berniaga secara atas talian kepada
anda di luar sana. Topik kita pada hari ini ialah perbezaan antara website dan sales page.

Beberapa hari yang lepas kami dikunjungi oleh sekumpulan “online seller”, masing- masing punya
produk yang mempunyai potensi tinggi dan sesuai degan pasaran tempatan. Masing-masing hadir di
perbincangan dengan persoalan yang sama, mengapa “website” kami dikunjungi ramai tetapi
jumlah “sales” masih sama?

Ini bukan kali pertama kami di IWD berhadapan dengan persoalan ini. Website gempak, design
meletup, jumlah pengunjung beribu, tetapi jumlah yang membeli produk? Kurang daripada 1%
jumlah pengunjung. Jadi di mana silapnya? Artikel ini mungkin boleh membantu.

“Website” secara amnya ialah sejumlah halaman web (webpage) yang mempunyai topik yang saling
berkait antara satu sama lain. Terdapat pelbagai jenis website seperti Website Statik (this is so old
school and boring), Website Dinamik, dan Website Interaktif. Dalam artikel ini kami tidak akan
mengupas ciri-ciri ketiga-tiga jenis website ini dengan mendalam, tetapi kepada yang ingin
mengetahui dengan lebih lanjut jangan malu, jangan segan, hubungi kami pada bila-bila masa. Nanti
kita boleh sembang panjang.

Berbalik kepada topik utama, ramai yang salah faham mengenai fungsi website dengan beranggapan
bahawa website ialah asas bagi mereka menjana jualan. Tanggapan ini adalah tidak benar sama
sekali.

Secara dasarnya website adalah tempat anda memperkenalkan diri. Di sini, pelanggan belajar untuk
memahami anda sebagai sebuah entiti. Fokus utama website adalah untuk menunjukkan kredibiliti
anda dalam pasaran bagi membuatkan pelanggan yakin dengan anda. Dengan kata lain website ialah
resume anda, first impression that make people differentiate you with your competitors.

Sales Page pula mempunyai peranan yang lebih spesifik. Ia merupakan halaman eksklusif yang
mempunyai satu tujuan utama, MENJANA PENDAPATAN.JUALAN untuk anda. Di Sales Page, fokus
anda adalah untuk menyampaikan “Unique Selling Point” yang ada pada produk anda.

Setiap maklumat yang diberikan oleh Sales Page adalah bertujuan untuk menukarkan pengunjung
kepada pelanggan. Penggunaan nada yang seduktif dan provokatif di dalam sales page selalunya
menjadi aspek utama bagi pelawat untuk menekan butang CTA (call to action).

Bayangkan, dengan sales Page kini anda mempunyai sales person yang bukan sahaja arif mengenai
perihal produk anda, tetapi sentiasa berkerja 24 jam tanpa henti untuk menarik pelanggan baru
kepada anda.

Nak tahu dengan lebih lanjut bagaimana Sales Page menjana jualan kepada syarikat anda? Jom
mengeteh bersama IWD crews di CO3 Social Office Puchong! Ramai-ramai pekena teh tarik kaw

Panas-panas sambil bersoal jawab dengan pakar digital marketing kami. Maklumat sesi The Tarik
kami adalah seperti berikut:

Tarikh: 21/10/2017 (Sabtu)

Masa: 9am

Lokasi: Pelita IOI Mall, Puchong

Makanan: Ikut suka. IWD Payung. 

Cara nak tempah: Sila chat dengan agen kami di butang whatsapp di bawah ni. 

 

Please follow and like us:

Hai, anda boleh pilih untuk chatting dengan mana-mana agen kami yang terpapar di sini.

Ada soalan? Chat dengan kami di sini.