TOP 10 LAMAN WEB E-COMMERCE DI MALAYSIA (SEHINGGA JUN 2017)

Untuk memberikan anda perspektif tentang peneraju E-Commerce di Malaysia, di sini kami senaraikan Top 10 laman web E-Commerce pada tahun 2017 dan anggaran trafik bulanan mereka dari SimilarWeb.

 

  1. Lazada Malaysia 

Anggaran trafik bulanan (Jun 2017) : 30,300,000 ~ 30.3 Juta

Peneraju E-Commerce di Malaysia yang juga bertapak di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, Lazada merupakan online department store dan marketplace untuk para peruncit menjual produk mereka sendiri. Bermula pada tahun 2011 oleh Rocket Internet, gergasi E-Commerce terbesar China, Alibaba memperoleh saham kawalan di Lazada dan operasinya di Asia Tenggara pada tahun 2016.

  1. 11street Malaysia

Anggaran trafik bulanan (Jun 2017) : 10,200,000 ~ 10.2 Juta

Salah satu daripada dua pencabar utama Lazada, 11street juga merupakan platform online department store yang menyediakan marketplace buat para peruncit menjual barangan mereka secara atas talian. Ditubuhkan pada 2014, 11street Malaysia adalah merupakan projek kolaborasi antara Kumpulan Telekomunikasi Mobil Malaysia, Celcom Axiata dan SK Planet, pemilik asal laman web 11street daripada Korea Selatan.

  1. Lelong.my

Anggaran trafik bulanan (Jun 2017) : 6,200,000 ~ 6.2 Juta

Mengikuti rapat dalam aspek anggaran trafik bulanan, pencabar lain kepada Lazada, Lelong.my adalah E-Commerce marketplace untuk kedua-dua transaksi Pengguna-kepada-Pengguna (C2C) dan Bisnes-kepada-Pengguna (B2C). Dioperasikan oleh syarikat Malysia, Interbase Resources Sdn Bhd, Lelong telah wujud sejak 1998 sebagai laman web lelong dan telahpun berkembang menjadi marketplace yang umum.

  1. Shopee Malaysia

 

Anggaran trafik bulanan (Jun 2017) : 2,750,000 ~ 2.75 Juta

 Antara platform penting di rantau ini, terutamanya di negara-negara “mobile first”, Shopee merupakan kedai dalam talian mudah alih yang pelbagai, yang juga menyediakan pengalaman berbelanja di web. Platform utama di Asia Tenggara, Shopee juga terdapat di Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia, Vietnam, dan juga di Taiwan.

  1. Zalora Malaysia

Anggaran trafik bulanan (Jun 2017): 2,450,000 ~ 2.45 Juta

Zalora adalah web E-Commerce yang terbesar dan terpantas berkembang di Asia Tenggara terutamanya dalam bidang fesyen. Membolehkan jenama-jenama fesyen menjual produk mereka kepada pelanggan-pelanggan web, Zalora telah ditubuhkan pada 2012 oleh Rocket Internet. Zalora telah wujud di Singapura, Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand, Vietnam, Hong Kong dan baru-baru ini telah dibuka di Taiwan.

  1. Hermo

Anggaran trafik bulanan (Jun 2017): 1,650,000 ~ 1.65 Juta

Hermo.my merupakan peneraju dalam bidang kecantikan dan kosmetik di atas talian di Malaysia. Membolehkan jenama-jenama dibawahnya menjual secara terus melalui marketplace mereka sejak 2013, Hermo.my adalah sebuah syarikat Malaysia yang beroperasi dari Johor Bahru.

  1. eBay Malaysia

Anggaran trafik bulanan (Jun 2017): 1,200,000 ~ 1.2 Juta

Web tempatan daripada gergasi E-Commerce Amerika, eBay pada asalnya ditubuhkan untuk jualan Penguna-kepada-Pengguna (C2C). Sejak berkembang kepada produk Bisnes-kepada-Pengguna (B2C) dan tawaran-tawaran istimewa, eBay Malaysia telah menyediakan pelbagai jenis kategori produk.

  1. Fave

Anggaran trafik bulanan (Jun 2017): 1,200,000 ~ 1.2 Juta

Fave merupakan laman web E-Commerce yang pakar dalam menyediakan kupon-kupon dan tawaran promosi kepada restoran, kecantikan, kesihatan, gym, studio, hotel, percutian, hiburan dan servis professional. Laman web yang telah di re-brand setelah pengambilalihan oleh Groupon Malaysia,  Fave dioperasikan oleh startup fitness, Kfit Malaysia.

  1. EZBuy Malaysia

Anggaran trafik bulanan (Jun 2017): 1,050,000 ~ 1.05 Juta

EZbuy adalah platform membeli-belah dalam talian terutamanya yang terlibat dalam pakaian, keluarga, rumah, kecantikan, sukan, automotif dan elektronik. Ia khusus memberi tumpuan kepada produk Korea, Taiwan dan Amerika dan mempromosikan produk yang berpatutan di seluruh laman web ini. EZbuy turut hadir di Singapura, Thailand dan Indonesia.

  1. Qoo10 Malaysia

Anggaran trafik bulanan (Jun 2017): 900,000

Qoo10 merupakan online marketplace yang ditubuhkan khas kepada wanita dan fesyen dengan didatangi oleh portfolio besar produk Korea. Dioperasikan oleh kolaborasi  dengan eBay berikutan pengambilalihan web Korea Selatan, Gmarket yang mana telah di ubah kepada Qoo10 pada tahun 2012. Qoo10 telah wujud di pasaran Asia yang lain terutamanya di Singapura dan Jepun, dan merancang untuk mengembangkan bisnes mereka ke Negara Asia yang lain.

 

Berikut merupakan Top 10 E-Commerce di Malaysia dengan Lazada Malaysia mengungguli carta 1 sehingga Jun 2017. Untuk memastikan laman web E-Commerce kita mempunyai trafik yang meningkat dan membawa kepada jualan, pemilik bisnes haruslah mengikuti E-Commerce funnel yang betul.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana anda mampu memaksimakan trafik dan jualan di laman web E-Commerce, anda boleh dapatkan e-book Rahsia E-Commerce Funnels di http://bit.ly/2EGUpHE

Boleh juga klik link ini https://api.whatsapp.com/send?phone=60106558856&text=NakTahu untuk konsultansi percuma.

* Artikel dirujuk dan diolah dari Aseanup.com

Hai, anda boleh pilih untuk chatting dengan mana-mana Team IWD yang terpapar di sini.

Ada soalan? Chat kami terus di sini.