Sebagai usahawan, penat boleh terubat dengan dua perkara:-

  1. Jualan yang masyuk
  2. Pelanggan yang berpuas hati

Dua perkara ini sangat membantu menghilangkan penat setelah kita berhempas pulas memastikan produk yang terbaik diberikan kepada pelanggan yang memerlukan.

Selain daripada proses membuat jualan dan pemasaran yang amat memenatkan, seseorang pendiri perniagaan itu perlu juga untuk membuat pelarasan dari segi operasi syarikat, hal ehwal kakitangan, pengurusan stok dengan pembekal, hubungan after-sales-service , dan bermacam-macam lagi.

Ini sudah tentu menjadikan seorang usahawan itu seorang yang tough hatinya, tough jiwanya dan bermacam-macam lagi tough  untuk memastikan perniagaan yang dijalankan dapat membuahkan hasil seperti yang di impikan.

Namun begitu, terdapat satu kompenan perniagaan yang selalu diabaikan oleh para usahawan.

DUIT KELUAR MASUK.

Dan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2016, terdapat 151,458 syarikat berstatus enterprise dan 48,659 berstatus sendirian berhad terpaksa gulung tikar apabila tiada rekod duit keluar masuk yang dicatit, atau jika dicatiti tidak disusun mengikut fail-fail tertentu, menjadikan perniagaan mudah ‘tewas’ di pertengahan jalan.

Ironinya, masalah ini berlaku bukan kerana tidak sedar akan pentingnya proses merekodkan transaksi, tetapi tiada sistem yang tersusun untuk merekod transaksi tersebut. Hal ini membuatkan diri pendiri usahawan itu dalam seperti yang dikatakan oleh pepatah melayu,

kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari’

Menyangka untung dalam bisnes itu ada, rupanya rugi yang banyak menjelma. Akibat? Tiada sistem pengurusan akaun perniagaan.

Maka dengan itu, urusniaga.my diciptakan.

Dibangunkan secara online untuk memudahkan di akses daripada mana-mana peranti, urusniaga.my ini telah terbukti membantu hampir 1+++ usahawan mengawal selia urusan perakaunan syarikat dengan mudah dan cepat di samping membantu meningkatkan kadar close sale antara peniaga dan pelanggan.

System UrusNiaga
System UrusNiaga
System UrusNiaga

18 FUNGSI URUSNIAGA UNTUK MEMUDAHKAN PERNIAGAAN ANDA

1- Urus Jualan

Dokumen jualan boleh dihasilkan dan diurus dengan cepat dan mudah, bermula dari Pesanan Jualan, Sebut Harga, Invois, Resit Bayaran dan Pesanan Penghantaran. Segala-galanya diatur dengan teratur dan kemas.

2- Urus Produk

Sama ada anda mempunyai produk fizikal, digital atau perkhidmatan, anda boleh menguruskan maklumat produk dengan mudah, imej, harga dan boleh disusun mengikut kumpulan.

3- Boleh digunakan untuk Pelbagai Syarikat

Tidak ada isu jika anda mempunyai lebih daripada satu syarikat atau entiti perniagaan. Boleh digunakan untuk pelbagai syarikat yang boleh dipisahkan setiap perniagaan dalam satu akaun.

4- Boleh digunakan oleh Team Anda Sendiri

Boleh diakses oleh berbilang pengguna pada masa yang sama, bagi menjalankan operasi jualan atau mengurus tugas yang lain bergantung kepada peranan yang diberikan. Peranan pengguna boleh dibuat secara dinamik dan ditentukan berdasarkan keperluan anda.

5- Cuti Pekerja

Menguruskan cuti pekerja dengan menyediakan bilangan hari yang layak untuk di mohon dan menerima atau menolak permohonan cuti.

6- Pengirim S.M.T.P

Hantar sebarang e-mel melalui sistem, sama ada menghantar invois, sebut harga atau mesej kepada pelanggan menggunakan domain e-mel pilihan anda.

7- Urus Pembelian

Pesanan Pembelian boleh dikeluarkan kepada pembekal apabila anda ingin membeli bekalan, perkhidmatan atau barangan. Kesemua pembelian boleh dieksport ke perbelanjaan dengan mudah.

8- Pengurusan Stok

Setiap produk boleh ditetapkan untuk diuruskan oleh Pengurusan Stok. Anda boleh menambah dan memantau kuantiti stok, mewujudkan kod bar atau menentukan SKU pilihan anda.

9- Data Pelanggan

Sama ada pelanggan adalah syarikat atau individu. Data penting boleh disimpan seperti nama, imej, tarikh lahir, telefon, e-mel dan alamat surat menyurat bagi tujuan jualan dan promosi.

10- Uruskan Pekerja

Menguruskan maklumat pekerja anda seperti data peribadi, tarikh pengambilan bekerja dan maklumat lain yang boleh ditambah secara dinamik bergantung kepada keperluan anda.

11- Point Of Sale

Direka sebagai kegunaan umum yang boleh memenuhi jenis perniagaan seperti restoran, runcit atau jualan tunai bergantung kepada keperluan anda. Dengan menggunakan pencetak thermal dan laci tunai terpilih, anda boleh mengendalikan kedai anda di mana-mana sahaja.

12- Laporan Menyeluruh

Menyediakan pelaporan komprehensif untuk Jualan, Pembayaran, Stok, Produk, Pembelian, Perbelanjaan, Ringkasan Cukai GST, Keuntungan dan Kerugian, Akaun Luput dan Penyata Pelanggan

13- Urus Perbelanjaan

Anda boleh menyimpan semua perbelanjaan anda dengan memuat naik imej resit atau mengimport rekod dari modul lain dengan hanya satu klik.

14- Harga Gantian

Harga produk boleh ditetapkan lebih daripada satu bergantung pada keperluan anda. Sangat membantu apabila anda perlu memberi harga yang berbeza untuk pelanggan atau kumpulan pelanggan yang berlainan.

15- Urus Pembekal

Sama seperti pelanggan, pembekal boleh ditakrifkan sebagai vendor, syarikat, orang atau entiti yang dikategorikan sebagai pembekal.

16- Penyata gaji Pekerja

Menguruskan gaji pekerja dan upah pekerja anda, sumbangan dan keperluan lain yang berkaitan dengan peraturan majikan. Jana penyata gaji pekerja yang boleh dimuat turun atau di e-mel secara terus kemudian.

17- Templat

Anda boleh mengubah reka bentuk dokumen jualan dengan mempunyai sedikit pengetahuan tentang skrip web dan membuat kandungan yang telah ditetapkan seperti e-mel dan lain-lain yang berkaitan.

18- Fungsi Pelbagai

Dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti Invois Berulang, Mata Wang Pelbagai, modul Cukai seperti GST, Pengesanan Pos, Tandatangan Digital, Cop Digital Syarikat, Pengirim SMTP, Medan tersuai, Backup / Restore dan Log aktiviti

LIHAT APA KATA USAHAWAN YANG TELAH MENGGUNAKAN URUSNIAGA.MY

 

Mulakan percubaan percuma 14 hari anda di sini

Hai, anda boleh pilih untuk chatting dengan mana-mana Team IWD yang terpapar di sini.

Ada soalan? Chat kami terus di sini.