KELEBIHAN WEBSITE UNTUK BISNES ANDA

Salam semua,

Untuk topik kali ini, kami nak beri sikit pencerahan memandangkan ramai di antara korang yang masih konfius dan kurang jelas kenapa perlu adanya website atau nama melayunya laman sesawang bagi perniagaan korang.

Tahun 2018 kini adalah tahun di mana golongan Gen Y dan Milenial aktif bergerak mencari pendapatan dan karier sebagai seorang ahli perniagaan. Untuk perkembangan perniagaan kita menjadi sekuat dan serelevan gergasi besar seperti Lazada, Zalora, Fashion Valet dan seangkatan dengannya, kita perlu secara tidak langsung meniru gaya berniaga mereka.

Paparan utama laman web fashionvalet.com

 

Dalam sedar ataupun tak, nama-nama besar ini secara totalnya menumpukan penjualan dan pengumpulan data pelanggan mereka di website mereka sendiri! Mereka hanya menggunakan medium media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya sebagai medium pemasaran yang di akhirnya membawa kepada pembelian di website mereka.

Jadi, disini kami senaraikan sebab kenapa anda perlu miliki website anda sendiri.

  1. Miliki kedai alam maya kepunyaan anda sendiri

Perlu diingatkan media sosial seperti, Facebook, Instagram, Twitter atau apa-apa akaun media sosial yang lain tidak dimiliki oleh kita. Bila-bila masa sahaja akaun kita boleh dipadam atau hilang di atas pelbagai faktor. Jadi perlunya untuk anda memiliki laman sesawang atau kedai alam maya anda sendiri sama ada .com, .com.my, .my, .net dan lain-lain.

  1. Mengetahui bilangan pelawat secara harian

Anda juga boleh mengetahui bilangan pelawat ke laman sesawang anda secara harian dengan fungsi yang ada di Google Analytics dan pelbagai lagi medium yang lain. Oleh itu anda juga boleh merancang untuk menaikkan kadar trafik ke laman sesawang anda dengan mengemaskini laman sesawang anda.

  1. Naikkan trafik laman sesawang anda di paparan pertama carian Google 

Anda juga boleh belajar untuk menguasai teknik SEO (percuma)  atau secara berbayar SEM untuk menaikkan trafik laman sesawang anda ke paparan pertama. Sebagai contoh jika anda menjual tudung, dengan strategi yang betul, laman sesawang anda akan dijumpai di paparan teratas apabila mereka mencari dengan keywords ‘ tudung ‘ di Google Search.

 

  1. Pelanggan mudah membuat carian kedai alam maya anda

Anda boleh meletakkan alamat laman sesawang anda di media sosial yang anda miliki seperti Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain. Akaun-akaun media sosial yang anda miliki boleh digunakan untuk menarik trafik ke laman sesawang anda.

 

  1. Pembayaran yang memudahkan pelanggan 

Cara pembayaran yang lebih mudah dengan adanya fungsi pembayaran mudah dengan paparan ADD TO CART dan CHECKOUT. Anda juga boleh meletakkan pilihan pembayaran samada dengan menggunakan kad kredit atau kad debit atau pembayaran melalui perbankan online seperi M2U atau CimbClicks dan lain-lain.

 

  1. Memudahkan anda untuk merekod jualan

Setiap jualan anda akan direkod dan adanya fungsi yang membolehkan sistem menghantar INVOIS dan RESIT kepada pembeli secara automatik. Ianya akan memudahkan anda untuk memantau duit masuk dan mengurangkan kadar risiko rekod pembelian palsu.

Haa, kami harap korang dah nampak kenapa perlunya website untuk bisnes korang. Boleh klik sini untuk pertanyaan.

Sumber rujukan : Jeneral Insta

Boleh baca entri yang lepas di sini, TOP 10 E COMMERCE WEBSITE DI MALAYSIA

Hai, anda boleh pilih untuk chatting dengan mana-mana Team IWD yang terpapar di sini.

Ada soalan? Chat kami terus di sini.