Assalamualaikum, dan salam sejahtera pembaca-pembaca IWD. Apa khabar semua? Sihat ke tak? Musim-musim tak menentu ni kami di IWD berharap agar anda semua berada dalam keadaan tip top ye. Kerja, kerja juga, tapi badan ni nak pakai lama. Kalau tak, jadilah macam Cik Copywriter yang terpaksa amik cuti dari menulis sebab tak sihat.

 

Okaylah, membebel panjang-panjang pun tak ke mana ye tak? Apa kata kita straight to our today’s topic. Hari ni kita bercerita mengenai masa. Hah, mesti ada yang dok tertanya-tanya apa kaitan masa dengan online business? Siapa yang rasa semenjak dia buka online business ni, masa makin kurang? Bukan setakat nak dating, nak pergi toilet pun tak sempat. Mesti ramai kan?

 

Kami di IWD tahu ada yang akan kata, biasalah bro nama pun kerja sendiri mana ada masa. Tapi, pernah tak anda semua fikir kembali antara sebab utama kenapa anda mengambil keputusan untuk membuka online business? Fleksibiliti dalam menguruskan masa.

Perniagaan atas talian sepatutnya memberikan anda lebih masa. Jadi, di mana silapnya? Percaya atau tidak ramai peniaga online di Malaysia lupa asas utama berniaga secara online. Transparency and sufficient information to the customer.

 

Sebagai online entrepreneur, anda harus sentiasa ingat bahawa laman web anda adalah kedai anda. Ramai peniaga online masih bersikap secretive. Tidak dinafikan ramai yang bijak dalam memilih gambar untuk menjaja barangan mereka. Namun begitu, ramai juga yang pura-pura lupa untuk meletakkan tanda harga. Hasilnya, telefon bimbit mereka dihujani persoalan yang sama “Sis, berapa harga tudung ni?”, “Jubah ni mahal tak?”, atau pun “Kalau saya beli termasuk harga postage tak?”

 

Tidak ketinggalan juga, ada yang selalu lupa nak update jumlah stock. Bila pelanggan nak beli, mulalah gelabah, mana taknya kalau kata stock dah habis takut pelanggan lari, risau pelanggan merajuklah, aish… macam-macam dilemma lah katanya.

 

Kakak, abang, dan adik-adik sekalian. Internet adalah tempat yang terbaik untuk berniaga. Anda boleh menembusi pasaran global dengan berbekalkan website anda. Tapi syaratnya anda perlu ingat bahawa setiap kedai yang baik perlu mempunyai jurujual yang terlatih dan, tak ada orang yang suka ke pasaraya yang bila nak beli barang tanda harga tah ke mana.

 

Laman sesawang anda perlu mudah diguna dan mampu membekalkan semua maklumat yang diperlukan oleh pelanggan. Baik dari segi harga, proses pembelian dan pembayaran, sehinggalah ke penghantaran. Semua informasi ini perlulah lengkap. Barulah WhatsApp anda tak selalu berbunyi. Ini yang kami di IWD namakan Website berstatus E-Commerce.

 

Kepada yang dok berkata, kalau harga barang kami mahal nanti kami letak tanda harga tak ada yang mahu beli macam mana pula? Eh, kalau barang tu dah memang tak mampu dibeli itu namanya mereka bukan target customer anda. Kalau mereka dok WhatApp anda tapi bila tau harga tak jadi beli. Tak ke itu lagi menyusahkan? Penatlah melayan taip, copy paste panjang-panjang. Lepas tu senyap taka da jawapan. Bunyi cengkerik je keluar. Lagilah naya kan?

 

Oklah, di IWD kami selalu encourage anda untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan matlamat anda. Kalau ada yang nak sembang-sembang manja dengan kami. Silalah datang melawat. Slot free consultation bulan sebelas dah buka. Contact je nombor yang tersedia. Kami pun memang jenis suka mencari solusi masalah perniaga online. Biar sama-sama berjaya gitu.

 

Okaylah sayang-sayang semua, akak undur diri dulu. Jumpa lagi nanti.

Please follow and like us:

Hai, anda boleh pilih untuk chatting dengan mana-mana agen kami yang terpapar di sini.

Ada soalan? Chat dengan kami di sini.