Assalamualaikum,

Hi, guys! How are you today? Terima kasih kerana sudi singgah lepak-lepak di blog IWD. Tempoh hari kita dah cerita panjang pasal perbezaan Website dan Sales Page.

Dan kepada yang masih tak tau nak membezakan antara Website dan Sales Page, cepat-cepat RSVP dengan kami untuk “Teh Tarik” session 23 September ini. Kat sana lagi panjang boleh sembang.

Hari ni kita cerita pasal promotion and marketing dalam talian. Secara ringkasnya kami nak memberi anda sedikit tips bagaimana nak menggunakan Facebook Advertisement. Lepas ni jangan kata akak tak payung ye dik.

Tanya sahaja mana-mana peniaga online, iklan di Facebook sudah menjadi satu kemestian. Tapi setelah habis kempen iklan di FB, ramai mengeluh, bersungut, merungut. Mana kan tidak, duit yang dilabur hampir beribu tapi hasil yang ada seciput cuma.

Ramailah yang lepas tu bising, salahkan post tak cukup menariklah, designer tak buat banner cantiklah, copywriter tulis artikel tah apa-apa. Haish… macam-macam lagi.

Kakak cun, abang kacak sekalian, kalau posting yang anda buat layak menang Kancil Award, tetapi strateginya salah tak kemana. NI kami di IWD nak kongsi rahsia. Lain kali bila buat iklan di FB, make sure landing page anda direct ke sales page.

Kenapa pula Sales Page? Mesti ramai tanya soalan ni kan?

Mestilah landing-nya ke sales page. Apa guna ada salesman yang bersedia untuk menjual produk anda tetapi tidak digunakan sebaik mungkin. Biar salesman anda yang 24 hour ready ni bawa mereka ke website anda. Bila pengunjung kenal anda dan produk anda maka di sinilah kepercayaan kepada anda terjalin. Bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta.

Haish, sembang panjang pun tak guna. Jom mengeteh bersama kami di “Teh Tarik Session”. Segala info, maklumat dan tips digital marketing akan kami kongsikan bersama anda. Ilmu kalau dikongsi banyak manfaatnya kan. Maklumat sesi The Tarik kami adalah seperti berikut:

Tarikh: 21/10/2017 (Sabtu)

Masa: 9am

Lokasi: Pelita IOI Mall, Puchong

Makanan: Ikut suka. IWD Payung. 

Cara nak tempah: Sila chat dengan agen kami di butang whatsapp di bawah ni. 

 

Please follow and like us:

Hai, anda boleh pilih untuk chatting dengan mana-mana agen kami yang terpapar di sini.

Ada soalan? Chat dengan kami di sini.