Hello, hi, what’s up! Tu dia acah-acah salleh sikit (. Apa khabar followers IWD semua? Sebelum kita buka topik hari ni, kami di IWD nak mengucapkan Happy Deepavali kepada abang, kakak dan adik-adik yang beragama Hindu.

Kalau ada extra spicy maruku, pos lah kat kami skit.

Topik hari ni sebenarnya kesinambungan dari topik lepas, macam mana nak relax-relax je while managing your online business.

Kira tak payah mengeluhlah pasal taka da masa bila ada online business.

Tempoh hari kami dah bagi hints dan tips untuk jadikan website anda hit.

As per what we told you before, go e-Commerce! Bila kita ber-business atas talian ni,(tu dia Bahasa Melayu tahap buat cikgu BM nak tempik kuat-kuat ni) semunya kena berevolusi mengikut masa.

Dah tiba masa kita ikut style Mat Salleh, kasi set up cantik-cantik, programme molek-molek, kemuadian anda cuma perlu goyang kaki sambal pungut hasil sahaja.

Tapi goyang kaki bukan sebaranglah ye, ada elements yang anda perlu terapkan untuk memastikan website anda menarik perhatian dan dipercayai target audience.

Jadi apa elemennya?

Website anda perlulah mesra pengguna dan mempunyai sistem nama dan kategori yang tip top.

Macam mana nak buat tu? Senang kata anda harus pastikan bahawa produk anda dinamakan dengan nama yang jelas dan spesifik.

Sebagai contoh, “Cincin Emas 94 karat” mempunyai penamaan yang lebih jelas berbanding “Cincin Emas”.

Ia juga lebih SEO-friendly, dan butiran yang tepat membuatkan produk anda senang ditemuai.

Disamping itu, pastikan namanya unik. Bayangkan terdapat berjuta peniaga yang menjual produk yang hampir sama dangan anda di dalam laman sesawang.

Nama yang unik inilah yang akan membezakan anda dengan orang lain.

Call to Action Button (CTA).

To be truth, CTA is one of the most important elements on any e-Commerce page. CTA mempunyai power yang besar dalam mempengaruhi proses membuat keputusan.

Namun begitu, kakak-kakak cantik, abang-abang hensem kena ingat yang warna, saiz dan perkataan yang anda letakkan di CTA haruslah sesuai untuk segenap lapisan masyarakat.

Jika website anda bertujuan untuk menarik minat global customer, pastikan CTA anda tidak tergolong dalam kes culture faux pas.

Harga produk.

Sejujurnya anda tidak mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan harga. Namun begitu anda berkuasa untuk memastikan tanda harga anda menarik dan kelihatan mampu milik.

Pastikan anda meletakkan tanda harga berhampiran dengan “Buy Button”.

Dan jika anda memberi potongan harga, pastikan pengunjung anda tahu mengenai perkara ini. Untung nasib, boleh jadi viral campaign lagi dik non.

Gambar dan ilustrasi.

Kajian menyatakan bahawa, gambar dan ilustrasi mempunyai impak yang sangat besar dalam online business. Pastikan gambar anda mempunyai visual yang mantap, dan pada masa yang sama tidak berat.

Gambar yang jenis lambat loading ni selalunya bikin orang panas dan fed up. Bila dah panas, dah fed up, memang tak de peluanglah nak menjual.

Testimonial

Sebagai peniaga online, rajin-rajinlah kumpul testimony ye. Berbanding dengan kedai conventional yang mempunyai sales assistant untuk meyakinkan pelanggan, kedai online anda tak mempunyai kelebihan ini.

Jadi dengan itu testimoni yang anda dapat dari pelanggan terdahulu akan meningkatkan keyakinan orang terhadap anda.

Nak buat game testimony anda lebih mantap? Link your email with testimonial service provider such as TrustPilot..

Hah, baru orang yakin nak beli-belah dengan anda. Takdelah ada isu takut kena spam.

Social Media dan anda.

Sentiasa pastikan bahawa website dan social media anda sentiasa bergerak seiring. Segala kempen aktiviti di dalam website perlu diberi penjelasan dengan nada bersahaja namun infomatif di dalam social media.

Pastikan juga anda sentiasa engage dengan audience di social media. Rajin-rajin buat kempen, supaya mereka boleh spread the news betapa gempaknya anda.

Maklumat penghantaran dan pemulangan.

Yang ni sangat penting. Awak jual barang online kalau orang tak tahu macam mana nak dapat barang yang mereka beli, tak ke pening kepala namanya tu.

Pastikan maklumat-maklumat ini jelas supaya anda tak pening kepala di kemudia hari.

Okaylah, itu diantara tips-tips untuk buat websie e-Commerce anda berjalan dalam independent mode. Kalau nak tau lebih detail lagi silalah book free consultation session dengan kami. Nombor? Ada di contact us.

Jangan risau pasal pembayaran, nama pun free consultation, datang jelah jangan malu jangan segan.

InSyaAllah kami bantu anda untuk memahami perkara ini dengan lebih jelas.

Take care semua, see you soon!

Please follow and like us:

Hai, anda boleh pilih untuk chatting dengan mana-mana agen kami yang terpapar di sini.

Ada soalan? Chat dengan kami di sini.