Hi there, how are you today? Eceh, hujung-hujung minggu kasi chan lah kami di IWD nak berbahasa English kejap. Saja nak asah bakat speaking London lah katakan. Bukan apa, saja je nak beritahu yang kami ni sebenarnya cukup flexible. Nak website Bahasa Melayu? English Language? Segalanya boleh kami buat, ala-ala kamus dwibahasa gitu.

 

Okaylah, sebenarnya posting hari ni adalah posting kasih sayang. Posting kali ini niatnya nak bantu kawan-kawan yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan digital.

 

Ramai yang tertanya-tanya apa yang membuatkan sebuah syarikat itu berjaya apabila mereka membuat perniagaan online ni? Exposure? Iklan di semua channel online yang dikunjungi ramai? Atau mungkin celebrity endorsement? Semua itu mungkin benar, tapi ada yang lebih penting.

 

Setelah hampir tujuh tahun melibatkan diri dalam bidang pemasaran, Cik Penulis mendapati bahawa semua perniagaan yang berjaya bermula dari pengumpulan data yang dituju khas kepada ‘target customer’. Database yang mantap, tepat, berkualiti tinggi dan padat merupakan senjata perniagaan yang terbaik untuk anda.

 

Dengan data ini anda mampu mencari strategi pemasaran yang tepat untuk kumpulan sasaran. Namun begitu, masalahnya mana nak dapat data-data ni semua? Hah, mari rapat ke monitor sikit, duduk kasi selesa, kami di IWD nak kongsi cara-caranya dengan anda.

 

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan data potential customer ni. Cara yang cukup popular di kalangan para peniaga online ialah dengan digital advertisement. Iklan-iklan di Google, YouTube, Instagram, dan juga Facebook boleh dijadikan asas untuk mencari kumpulan sasaran.

 

Tapi, let us be honest. Berapa ramai yang tengok YouTube akan cepat-cepat tekan skip button? Siapa pulak yang rajin nak click on FB or Instagram ads. Eh, tak ada masa lah! Baik tengok video kucing jatuh kerusi, lagi best. Ye tak?

 

Sebenarnya ada macam-macam cara untuk anda mengumpul database dan tepat kepada kumpulan sasaran. Cara yang pertama anda boleh buat kempen kecil-kecilan di marketing platform yang sedia ada. Tak salah bagi free gift kepada peminat anda dengan syarat mereka diwajibkan untuk meng-TAG sekurang-kurangnya lima rakan yang lain.

 

This is what we call as targeting the real target. Tapi pastikan bahagian pemasaran anda tak lupa untuk buat follow up lah. Semua nama yang di-TAG harus dan wajib anda buka satu-satu dan data mereka perlulah anda kumpulkan. Kenapa? Kasi baca sampai habis dulu. Nanti kami beritahu ye.

 

Nak data lebih detail? Mudah sahaja, buat promosi voucher atau kupon potongan harga. Syaratnya sesiapa yang berminat harus mendaftar dengan anda. Nanti bila mereka sudah mendaftar, jangan biarkan pula data-data tu merata. Kumpulkan dan simpan elok-elok dalam pengkalan data. Bila produk baru keluar, inilah masanya untuk anda gunakan semua data-data ini kembali.

 

Kepada mana-mana peniaga yang nak nampak fancy, anda boleh mengumpulkan data berdasarkan pertandingan atas talian. Tak payah nak spend banyak-banyak. Cukup sekadar bagi duit raya seratus ringgit kepada tiga follower bertuah. Pasti ramai yang berebut nak menyertai. Masa ni lah lubuk data terbuka untuk anda. Rajin-rajin menangkuk je, inSyaAllah anda dapat hasilnya.

 

Namun begitu cara yang terbaik adalah dengan memastikan data previous customer sentiasa tersusun rapi. Kenapa? Kerana dengan layanan dan service yang bagus tidak mustahil mereka akan repeat order. Anda hanya perlu memastikan mereka tidak lupa.

 

Caranya mudah sahaja, hantar ucapan terima kasih atau salam-salam manja di tarikh-tarikh penting mereka (terutamanya birthday). Confirm terharu punyalah. Silap-silap esok terus order seguni gitew.

 

Okaylah adik, kakak, abang sekalian. Cik Copywriter tak mau membebel panjang-panjang. Nak tau pelbagai tips digital marketing yang mantop-mantop? J om mengeteh bersama kami di “Teh Tarik Session”. Maklumat sesi The Tarik kami adalah seperti berikut:

 

Tarikh: 21/10/2017 (Sabtu)

Masa: 9am

Lokasi: Pelita IOI Mall, Puchong

Makanan: Ikut suka. IWD Payung. 

Cara nak tempah: Sila chat dengan agen kami di butang whatsapp di bawah ni. 

 

 

 

Please follow and like us:

Hai, anda boleh pilih untuk chatting dengan mana-mana agen kami yang terpapar di sini.

Ada soalan? Chat dengan kami di sini.